IKON RIJAL

Arbain Publication


Regular price $18.90

Syabab (mufradnya: syab) adalah kalimah Arab yang bermaksud: pemuda. Adapun rijal (mufradnya: rajul) juga kalimah Arab yang bermaksud: laki-laki dewasa. Setiap rijal pada hari ini sebelumnya adalah syabab. Dan setiap syabab pada hari ini akan tumbuh menjadi rijal tidak lama lagi. Justeru, ucapan kita kepada syabab mestilah dilakukan dengan membayangkan bahawa mereka akan menjadi rijal.

Itulah yang dilakukan oleh ulama Salaf kita terdahulu. Mereka tidak memperlakukan kalangan remaja seperti budak-budak kecil yang tidak tahu apa-apa. Sebaliknya mereka selalu memandang mereka sebagai orang dewasa yang akan membawa amanah besar

Sedutan:
“Setiap kali Ibn al-Mubarak melihat anak-anak membawa dakwat untuk menulis hadith, beliau menghampiri mereka. Beliau berkata: Mereka ini benih-benih agama. Kami telah diberitahu bahawa Nabi bersabda: Allah akan terus menanam benih-benih yang menguatkan agama ini. Mereka sekarang memang budak-budak kecil. Tidak lama lagi mereka akan menjadi orang-orang besar yang menggantikan kalian”

“Ibnu al-Jawzi berkata: “Aku tidak pernah kenyang membaca. Setiapkali berjumpa buku baru yang belum pernah aku baca, aku merasa seolah-olah baru sahaja menjumpai harta karun”.

Ibnu hajar berkata: “aku hairan apabila melihat orang yang duduk bersendirian tak buat apa-apa kerja”.

“jika anda memiliki anak yang suka membaca buku, sokonglah minat ini dengan menyediakan buku-buku yang dia sukai. Jangan berkira dalam membeli buku, anggaplah wang tersebut pelaburan yang pasti akan memberikan pulangan besar satu hari nanti”. – Dr Umar

 

  • Paperback: 192 Mukasurat
  • Karangan: Dr Umar Muhammad Noor
  • Published: 2019
  • ISBN: 9789811423703

Related Products